Dilema dNur Homestay Kuantan #1: "1 malam vs 2@3 malam"

Kisah pengalaman kami menguruskan homestay di Kuantan.

Ada masanya kami menerima tempahan untuk 1 malam dan telah dipersetujui. Namun, selang beberapa ketika, ada pertanyaan lain untuk tempahan lebih dari 1 malam pada tarikh yang sama. Kadang kala 2 malam, ada juga sampai 2-3 malam, malahan ada yang nak sampai sebulan.
Ketika inilah iman dan nilai seseorang diuji. Syaitan akan berbisik agar batalkan sahaja 1 malam tersebut, bagilah apa-apa alasan yang munasabah walaupun tidak benar.
Insya'Allah, kami berpegang pada janji. Sekiranya tempahan telah dipersetujui maka itulah yang akan kami pegang. Moga syaitan tidak dapat mempengaruhi kami.
Selamat bercuti panjang pada 1 hingga 5 Mei nanti.

No comments: