Dilema dNur Homestay Kuantan #2: "Tempahan di tengah malam"

Kisah pengalaman kami menguruskan homestay di Kuantan.

Sepertimana dijangka, semasa cuti Hari Buruh yang lepas, begitu banyak pertanyaan diterima untuk menginap di D'Nur Homestay.
Namun kali ini kami kami berasa amat pelik bila ada yang menghubungi kami di tengah malam. Dua panggilan diterima, sekali pada jam 2.00 pagi pada 30 April dan sekali lagi pada jam 1.00 pagi pada 1 Mei.
Dari suara, kedua-duanya suara kedengaran seperti diawal 20an dan kedua-duanya adalah perempuan. Kami tidak mahu membuat sebarang andaian. Namun kami ingin ingatkan perkara berikut:
  1. Sama-samalah kita merancang sebaiknya percutian kita termasuk urusan penginapan kerana pastinya homestay sering penuh dikala cuti umum.
  2. Kami mohon dan berdoa agar tiada sebarang perkara "pelik-pelik" dilakukan di homestay kami. Andai sesuatu berlaku, bukan sahaja pelaku yang menghadapi masalah, bahkan kami juga akan terlibat sama.
Akhir kata... rancanglah percutian sebaiknya dan kami sentiasa berusaha terbaik untuk menyediakan perkhidmatan terbaik.

No comments: