Delima dNur Homestay Kuantan #3: "Penyewaan Lewat Malam"

Kisah pengalaman kami menguruskan homestay di Kuantan.

Ada masanya kami dihubungi oleh bakal penyewa selepas waktu maghrib dan berhasrat untuk check-in pada malam itu juga. Kebiasaannya juga mereka akan check-in lewat atas pelbagai sebab urusan. Sudah tiga kali kami bertemu pelanggan begini.
Dalam keadaan sebegini dan homestay available, biasanya kami akan benarkan mereka menginap dengan kelonggaran tiada pembayaran deposit. Iyelah...keadaan mendesak dipihak mereka jadi kami bantulah apa yang patut. Namun begitu di dalam hati terdetik juga sekiranya ditipu.
Akhirnya kerisauan ini menjadi nyata. Malam Jumaat lepas buat pertama kalinya kami ditipu. Pagi-pagi buta mereka dah hilangkan diri (alhamdulilah tiada barang yang hilang). Namun, makanan dalam peti sejuk (fries & nugget) selamat dimasak.
Kami cuba hubungi melalui message dan call, namun tiada respond.
Pastinya selepas ini kami akan lebih berhati-hati bila menghadapi situasi begini dan semoga kami dijauhkan dari penyewa sebegini.

No comments: